Iklan Jana wang Di Rumah
Soalan:
Azizan, bagaimana saya ingin mulakan berniaga secara
sampingan sedangkan saya masih bekerja?
Komen saya:
Persepsi setengah orang yang bekerja yang ingin mulakan
perniagaan, mereka mesti :-
1/ Berhenti kerja serta merta untuk bisnes full-time - Ini
tidak benar
2/ Mesti mulakan dengan modal duit yang besar - Ini tidak
benar
3/ Kena ada kedai fizikal - Ini tidak benar
4/ Kena keluarkan produk sendiri- Ini pun tidak benar
5/ Kena mengadap bisnes 24-jam- Ini pun tidak benar.
Jadi, apa yang benar?
1/ Jangan berhenti kerja jika baru nak mula berniaga
melainkan anda memang kena buang kerja atau anda memang telah mempunyai
simpanan yang cukup untuk "survive" kos sara hidup dan komitmen
bulanan anda untuk sekurang-kurangnya 6-bulan sehingga 12-bulan.
2/ Teruskan bekerja sambil buat sedikit "research"
apakah produk atau perkhidmatan yang orang perlukan samada di pejabat, di media
sosial atau di kejiranan anda.
3/ Mulakan bisnes sampingan anda samada dengan memasarkan
produk/perkhidmatan orang lain contoh menjadi ejen/pengedar produk/servis orang
lain atau dengan menawarkan perkhidmatan menggunakan bakat, pengalaman, ilmu
ataupun kelebihan diri anda. Contoh: Mengajar tuisyen subjek2 yang anda mampu
ajar dirumah pada hujung minggu atau perkhidmatan anda ialah
menguruskan/menawarkan guru-guru tutor yang anda boleh pasarkan home tuisyen di
mana anda tidak perlu mengajar tapi pasarkan perkhidmatan tersebut dan aturkan
guru-guru untuk mengajar. Anda akan letakkan harga yuran/jam atau satu subjek
dan bayar sebahagiannya kepada guru tuisyen tersebut. Ini contoh #1. Contoh
lain ialah anda mungkin bagus dalam bidang pengurusan akaun dan percukaian,
maka anda tawarkan perkhidmatan tersebut kepada usahawan-usahawan kecil yang
tidak mampu lagi membayar gaji penuh akauntan dan anda caj kadar perkhidmatan
yang tidak membebankan. Perkhidmatan mengurut tapak kaki, perkhidmatan gubahan bunga,
perkhidmatan tempahan kek adalah contoh-contoh perkhidmatan yang anda boleh
jadikan perniagaan permulaan tanpa anda perlu tahu buat tapi anda perlu tahu
pasarkan produk atau perkhidmatan tersebut. Contoh lain yang bagus ialah
memulakan dengan menjadi perunding takaful, perunding kewangan ataupun Real
Estate Negotiator. Tapi pastikan ada disediakan latihan yang bagus.
4/ Mulakan bisnes tanpa kedai. Anda bagus mulakan melalui
FB, InstaGram, Twitter dan melalui rakan-rakan dengan gunakan WhatsApp atau SMS
dan lain-lain. Gunakan teknologi dan media sosial sebagai alat untuk "buat
duit" dan bukan tambah dosa atau perkara sia-sia!
5/ Jangan mulakan bisnes dengan meminjam bank apatah lagi
jika jumlahnya besar!
Semoga saranan ini semua membantu sedikit sebanyak! Insya
Allah saya akan beri lebih banyak penerangan nanti di Seminar Magnet Kejayaan
2015!
P/S Jumpa di Klinik Usahawan Dr Azizan Osman-Seminar Magnet
Kejayaan 2015 nanti di 6 lokasi sahaja lagi iaitu di Alor Setar (28/8),
Ipoh(29/8), Pulau Pinang(30/8), Shah Alam (31/8), JB (5/9) dan Melaka (6/9)
nanti. Layari www.Magnet2015.com untuk pendaftaran segera!
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media


