Iklan Jana wang Di Rumah
KANGAR: Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa,
kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Presiden UMNO itu berkata oleh
yang demikian, anggota UMNO wajib mempertahankan parti yang menerajui
kepimpinan negara itu. "Saya pernah kata bahawa seandainya UMNO hilang
kuasa, apa akan terjadi kepada bangsa Melayu dan umat Islam? "Dalam
banyak-banyak perkataan dalam Kamus Dewan Bahasa, ada orang kata, orang Melayu
akan tersungkur, orang Melayu akan terkecundang dan ada yang kata orang Melayu
akan tertiarap," katanya. Najib berkata demikian ketika berucap pada
majlis perasmian berkelompok persidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar,
Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020 di sini, hari ini. - BERNAMA
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media