Iklan Jana wang Di Rumah
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Al quran ini mengandungi semua surah dalam alc quran hanya Cuma
download datanya sahaja
Seselepas selesai download data. Buka aplikasi ini .
Kelebihan aplikasi:
1.
Mempunyai terjemahan dalam bahasa Melayu Arab ke
Melayu
2.
Mempunyai suara ataupun audio
3.
Terjemahan juga dalam audio bahasa Melayu
4.
Memahami setiap kata – kata
Posted by Unknown in Agama, Al - Quran, Apk, Editor, Home
Reply
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat.
Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu
untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T
adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.
Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun
tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang
soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman,
bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah;
wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa
semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Az-Zumar: 53)
Ibnu Jarir meriwayatkan dari ‘Abdullah bin Abu Malikah,
berkata, “Pada suatu pagi saya pergi kepada Ibn ‘Abbas.” Maka ia berkata,
“Malam tadi aku tidak dapat tidur sampai pagi.” Aku bertanya, “Apa Sebabnya.”
Beliau menjawab, “Karena orang-orang berkata bahwa bintang berekor sudah
terbit, maka saya cemas akan kedatangan asap (dukhan) yang sudah mengetuk
pintu, maka saya tidak dapat tidur sampai pagi.”
Ibnu Katsir berkata, “Sanad perkataan ini adalah shahih
kepada Ibn ‘Abbas (Tafsir Ibn Katsir). Fitnah & Petaka Akhir Zaman, Abu
Fatiah Al-Adnani, Cetakan 1 Edisi Revisi, Hal. 299, Granada Mediatama, Solo,
Januari 2007
Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka
dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah
sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian).
(Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang
dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan
tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat
Muslim)




