Iklan Jana wang Di Rumah
Malaysia bakal menyaksikan aplikasi teknologi nuklear dalam
industri automotif menerusi kerjasama penyelidikan antara Agensi Nuklear
Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Proton Holdings Berhad (Proton). -Gambar hiasan
BANGI: Malaysia bakal menyaksikan aplikasi teknologi nuklear
dalam industri automotif menerusi kerjasama penyelidikan antara Agensi Nuklear
Malaysia (Nuklear Malaysia) dan Proton Holdings Berhad (Proton).
Ketua Pengarah Nuklear Malaysia Datuk Dr Muhamad Lebai Juri
berkata keadaan liberalisasi perdagangan masa kini mendesak penghasilan produk
tempatan yang inovatif dan setanding dengan produk import.
Justeru beliau berkata, Nuklear Malaysia mahu memainkan
peranan bagi membantu Proton untuk menjadi lebih kompetitif dengan penggunaan
produk tempatan.
"Sistem ini boleh dijadikan sebagai satu alat pemasaran
bagi menjana kejayaan. Kebergantungan negara terhadap barang import dapat
dikurangkan sekali gus mengurangkan aliran wang keluar.
"Jadi dalam fasa program kerjasama ini, ia meliputi
tiga komponen penyelidikan iaitu Development of Advanced EB Crosslinked HF/FR
cable for automotive, Development of Advanced Aluminum/Aloy as Alternative
Conductor for Automotive dan Establishment of Proton Industrial Standard and
Malaysian Standard for Automotive Cables.
"Program penyelidikan ini adalah selaras dengan
aspirasi dan penekanan kerajaan untuk meletakkan konsep inovasi dan pengutamaan
produk tempatan sebagai agenda untuk memampankan ekonomi negara dengan produk
tempatan yang berkualiti dan berteknologi tinggi."
Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Proton Iriz
kepada Agensi Nuklear Malaysia di bawah skop Pusat Kecemerlangan Penyelidikan
Proton-Nuklear Malaysia, di sini, hari ini.
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media