Iklan Jana wang Di Rumah
Perbelanjaan Berhemah
Semua orang mahukan duit lebih setiap bulan tak kiralah
dengan cara apa pun termasuklah dengan buat side income ataupun jimat duit
dengan membuat perancangan perbelanjaan (financial planning) berdasarkan
kemampuan masing-masing.
Sehubungan itu bagi memenuhi hasrat dan tujuan ebook ini
dibuat, maka saya akan berikan beberapa tips dan 20 cara untuk jimatkan duit
anda dengan lebih mudah dan senang di samping memperolehi duit poket ‘lebih’
yang dapat menguntungkan anda.
1. Beli barang pada harga borong/pukal
Beli barang secara pukal atau pada harga borong di Mydin,
Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau memana pasaraya bagi produk-produk
seperti tisu, pampers, alat tulis, makanan sejuk beku atau dalam tin dan
sebagainya dengan lebih murah.
Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana
boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli
dengan club card lagi banyak penjimatan.
Kalo beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah
sbb tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang memang
menyediakan banyak manfaat. Jadilah pengguna yang bijak !
2. Beli barangan second hand @ lelong murah
Contohnya seperti beli buku second hand di paylessbook dekat
Carrefour Subang Jaya atau memana tempat yang harganya
kurang dari separuh. Saya pernah beli majalah luar negara dengan harga yang
jauh
lebih murah, isi kandungannya lebih penting walaupun dah
second hand tapi ia tetap mendatangkan pulangan yang lebih baik. Namun begitu
anda juga boleh beli di mana-mana web lelong yang menawarkan jualan buku
second hand termasuklah di www.lelong.com.my
Lain-lain barang lelong juga boleh dipertimbangkan, misalnya
kerusi, meja atau barangan bukan elektrik. Kalo mcm laptop, pda, phone tu
boleh cuba asalkan masih ada warranty dan kualiti masih ok.
Memang banyak kelemahan kalo beli barangan elektronik second hand but kene
berhati-hati dan teliti.
3. Musim Promosi & Megasale
Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut
banyak tawaran yang cukup murah seperti pakaian di Sogo, Kamdar etc.. Anda
boleh ambil kesempatan ni beli pakaian atau barangan pada musim
promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali
ganda.
Saya pernah beli satu set meja tulis dan kabinet yang mana
harganya kini sudah meningkat 2 kali ganda selepas tamat tempoh bulan
kemerdekaan Malaysia. Ia cukup berbaloi kerana kualiti bagus harga pula jauh
lebih murah pada waktu promosi.
4. Manfaatkan kelebihan iTalk & MyMode
Bagi mereka yang guna handphone boleh jimatkan duit dengan
gunakan iTalk. Harga dia jauh lebih murah berbanding caj yang dikenakan telco
lain sama ada panggilan di dalam atau luar negara. Dan boleh digunakan pada
sebarang talian sama ada handphone ke handphone atau sebaliknya.
Bagi mereka yang nak wat bisnes part time di samping jimat
duit prepaid boleh juga try Bisnes MyMode. Jika anda student IPT atau kolej ia
boleh menjadikan anda kedai topup bergerak yang paling efisien. Malah anda
boleh beli pakej italk dengan guna sistem mudah sms MyMode berbila masa saja
tanpa susah payah jumpa tokei kedai.
MyMode satu-satunya company jual topup yang dapat
menyakinkan
pihak Maybank utk meletakkan fungsi beli point mymode di ATM
Maybank seluruh Malaysia. Ini satu kelebihan yang cukup istimewa bagi mereka.
5. Kitar Semula / Recycle
Bagi mereka yang ada banyak koleksi paper atau majalah lama,
botol, kaca, dan aluminum boleh kitar semula di pusat kitar semula yang telah
disediakan di setiap negeri.
Sila rujuk web kitar semula untuk lebih lanjut, ia
membolehkan anda dapat wang poket lebih di samping menjaga persekitaran yang
lebih
bersih.
6. Gunakan banyak Member/Privillege Card
Member card ni lebih kurang macam bonus link, real rewards,
jusco card dan sebagainyalah kerana ia ada kemudahan point yang boleh
ditukarkan
hadiah di samping ada harga rendah bagi ahli apabila ia
ditawarkan pada waktu-waktu tertentu.
Jika anda selalu isi minyak petrol di Shell boleh guna Bonus
Link untuk dapatkan point, begitu juga di Petronas dan Carrefour boleh gunakan
kad Real Rewards untuk kumpul point lebih banyak bagi menukarkannya dengan
hadiah yang sesuai. Jadi ia taklah rugi sangat kerana kita akan dapat sumthing
yang ada nilai.
7. Beriadah di tempat awam
Kalo bagi mereka yang selalu ke gym dan jadi ahli dengan
membayar beberapa ratus ringgit sebulan, better boleh jimatkan duit anda dengan
berjogging sendiri di tempat²reakreasi awam, boleh juga bersenam dalam rumah
dengan bersihkan keseluruhan rumah, susun atur semula kedudukan, ataupu buat
latih tubi di beranda rumah, di tempat reakreasi pun boleh juga sebab semua
fasiliti sudah ada cuma kene bijak gunakannya
saja.
Di samping beriadah dan bersenam kita jaga kesihatan dan
kurangkan risiko kena penyakit. Saya selalu jogging di tasik perdana di hujung
minggu,
di samping dapat tengok alam yang indah dan tenang kita juga
boleh menambah senarai rakan baru dengan bersosial dengan lebih ramai org baru
semasa berjogging atau bersenam di tempat awam.
8. Kurangkan hiburan banyakkan bacaan
Nak berhibur tak salah, tapi biarlah kena pada tempatnya.
Misalnya nak tengok wayang, konsert artis barat, clubbing dan sebagainya better
tak perlulah keterlaluan sangat.
Duit tengok wayang tu lebih baik simpan untuk beli bahan
bacaan yang bermanfaat seperti majalah ilmiah atau novel yang bermotivasi dan
berinspirasi.
Tak pun beli ebook berinformasi yang boleh menjadikan anda
kaya. Di sini ada offer kalo nak ebook jutawan percuma jika anda ushar
tawaran bonus yang hebat ini.
9. Kurangkan makan di fast food restaurant
Macam McDonalds, KFC, Pizza hut dan sebagainya kurang elok
kerana ia mengandungi pelbagai perasa, pewarna dan unsur kolestrol, lemak
berlebihan. Lagipun harga dia lebih mahal dari restoran biasa, better rancang
pemakanan dengan diet yang sihat di samping jimat belanja.
Begitu juga makan di kedai-kedai mamak seperti roti canai
yang banyak
kalori dan kandungan kolestrol yang tinggi. Saya dulu selalu
makan di kedai mamak terutamanya roti canai yang guna minyak sapi. Setiap kali
breakfast mesti makan roti canai dan kesannya dalam masa 9 bulan kolestrol
didapati tinggi di dalam badan.
Sehubungan itu better berhati-hatilah dengan tempat makan di
luar rumah. Kebanyakan hidangan makanan di luar banyak tertumpu kepada perasa
dan perisa tambahan, ini tidak bagus untuk kesihatan kita.
10. Masak & Makan di rumah
Ini salah satu cara nak jimat duit, kalo teh kat luar sana
dekat RM1.00 manakala kalo buat sendiri kat umah tak sampai 40 sen pun
segelas. Begitu juga nasi, lauk dan lain-lain
makanan/minuman yang
boleh dijimatkan dengan adanya satu sistem yang tersusun di
rumah.
11. Rancang perjalanan & jimat petrol
Sekarang ni petrol dah mahal, so kenalah bijak dalam
menggunakan
kenderaan terutamanya kereta. Bagi mereka yang gunakan bas
perkhidmatan awam mmg boleh jimat kalo hendak nak ke
mana-mana sekalipun. So better buat perancangan teliti, kalo kuar rumah ke
tempat kerja tak perlu berulang alik banyak kali dalam sehari. Misalnya nak
beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. Singgah dulu ke
pasaraya memana.
Jika kuar ujung minggu, selesaikan urusan dalam masa satu
hari kalo sempat. Manakala hari lain anda boleh basuh kereta dan periksa tayar
bagi cukup angin dan segala berkaitan enjin kereta atau motor supaya boleh
berjalan dengan baik. Elakkan letak barangan berat dalam kereta setiap hari,
sebabnya setiap 10kg ada effect dalam penggunaan petrol yang lebih banyak.
12. Semak bil utiliti bulanan anda
Ini satu kaedah yang lebih praktikal. So kumpulkan bil²
utiliti anda seperti bil elektrik, telefon, internet, air, astro dan apa²
langganan bulanan. Ini semua untuk semakan dan penilaian semula sama ada ia
berbaloi atau sebaliknya.
Kalo rasa astro atau langganan majalah URTV boleh
dihapuskan, better
buatlah begitu. Ini kerana hiburan semacam itu kita boleh
hidup walau
tanpa kewujudannya. Semaklah bil anda elok² kalo ada bil
tinggi sebab penggunaan yang tidak teratur kenalah reorganize semula.
Misalnya bil telefon atau fax tinggi, eloklah cakap atau
guna bila perlu sahaja tak perlulah nak bergayut lelama.
13. Jimat letrik & air
Ini saranan berikutan semakan bil utitliti setiap bulan.
Kalo nak
jimat letrik lebih banyak better berjaga-jaga dengan alat²
pemanas seperti seterika atau cerek yang guna letrik banyak. Mcm seterika ni
eloklah ‘iron’ semua baju kerja atau pakaian rasmi di hujung minggu.
Tak perlu kalut nak seterika di awal pagi kerja. Dengan
penggunaan
sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan letrik setiap
hari.
Begitu juga dengan aircond, kalo nak bagi sejuk kena
pastikan
kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalo tak peralatan
aircond akan guna letrik lebih tinggi untuk bagi menyejukkan bilik yang
terbuka.
Kalo tak pakai aircond pun bagus juga, guna kipas saja lebih
jimat bil letrik lebih banyak.
Tutup suis plug tv, radio, monitor pc kalo tak digunakan.
Monitor CRT lebih banyak makan letrik dari LCD. So kalo guna laptop atau lcd
monitor juga boleh jimatkan penggunaan tenaga.
Penggunaan air kenalah kena pada tempatnya. Tak perlulah
basuh lantai atau keseluruhan rumah setiap hari. Cukuplah hujung minggu anda
buat kerja rumah sekaligus. Tambah lagi eksesais bagi senaman badan yang
menyihatkan. Tapi kalo kotor kenelah bersihkan rumah seeloknya. Yang penting
jangan membazir untuk mengelakkan bil letrik atau air tinggi.
14. Kelebihan PruBSN Takaful Medical Card
Sebagai langkah berjaga-jaga, anda boleh pertimbangkan
takaful atau insurans untuk dapatkan kemudahan pampasan sekiranya berlaku
kemalangan, sakit atau yang boleh memudaratkan diri.
Contohnya saya dapatkan PruBSN Takaful Medical Card yang boleh digunakan
banyak di hospital seluruh Malaysia termasuk tip top medical
center
seperti Gleneagles Hospital, Ampang Putri, Damansara
Specialist
Center dan sebagainya.
Dengan hanya memperuntukkan sebanyak R100 atau RM150 sebulan
anda mendapat pampasan sebanyak RM24,000 hingga RM150,000 sekiranya berlaku
kemalangan atau sebarang kejadian yang tak dingini. Ia sebenarnya suatu nilai
yang jauh lebih menguntungkan !
Jika anda mengambil juga plan Takaful Saver ini bermakna
anda mendapat peluang pelaburan yang boleh di’cash’kan pada tahun yang ke-7 …
Di samping menyimpan turut mendapat perlindungan. Ini satu peluang yang lebih
nilai untuk wang anda !
15. Tukarkan ‘garbage’ kepada ‘money’
Jika anda ada peralatan atau barangan yang dah tak guna
boleh lelong atau jualnya di memana online auction.
Contohnya macam saya dah dapat digicam baru dan ingin sedekah menjual sebuah
digicam lama yang masih boleh berfungsi dengan harga
starting bid price RM5.00 (x termasuk delivery) di
lelong.com.my ..
Beberapa hari berikutnya ia akan menjadi lebih tinggi nilai
sehingga mencecah RM100.00.. Ini kebaikannya, daripada beri begitu sahaja
eloklah kita buat lelong terbuka di samping dapat duit lebih.
Ia tak
merugikan malah menguntungkan lagi.
16. Guna Kad Kredit dengan Bijak
Boleh juga jimatkan duit dengan guna kredit kad jika anda
membayarnya tepat pada masa. Jika terlebih masa sure akan dikenakan interest
tetapi jika anda bijak gunanya akan dapat point malah maybe
memenangi
peraduan yang ditawarkan.Contohnya guna kad kredit Islam
Ambank
at-Taslif yang menawarkan 1 point bagi setiap RM1.00 yang
dibelanjakan.
17. Beli domain & hosting masa promosi
Masa saya menulis ebook ini promosi masih berlangsung di
www.cgyhost.net iaitu salah satu provider yang sedang
meningkat
naik di Malaysia.
Bayangkan domain harga serendah RM25 masa promosi yang mana
anda diberi domain panel untuk point kepada memana
hosting server yang telah anda pilih. Anda juga boleh beli
di namecheap.com dengan search namecheap coupon untuk mendapatkan kupon
harga terendah.
18. Dial Up vs Streamyx
Bagi anda yang selalu online dan sentiasa gunakan Internet
maka pilihan terbaik adalah guna Streamyx berbanding dial up. Jika anda
terpaksa membayar beratus ringgit sebulan untuk akses Internet, eloklah
fikirkan pakej Streamyx RM77 sebulan dengan akses 24 jam tanpa henti.
Ia jauh lebih menjimatkan dan menguntungkan jika buat Ebiz
part time. Malah boleh dapatkan pelbagai free stuff yang ada di RahsiaEbiz,
TotallyFreebie , SassySue.Com dan banyak lagi...
19. Bayar Bil Online
Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa dengan lebih
praktikal. Anda boleh cuba bayar bil letrik, air, streamyx, telefon semuanya
dengan
melalui internet sama ada guna Maybank2u, Ambank Online,
Bank
Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak
perlulah nak kuar gi beratur kat kaunter, bazirkan duit minyak dan parking
kereta.
20. Berhenti Merokok
Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti.
Ini
kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit
dan
kesihatan. Walaupun ‘sedap’ dan ‘ketagih’ dengan rokok ia
bukanlah satu tabiat yang baik kerana boleh memudaratkan diri dan juga orang
lain.
Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap
bulan dalam lingkungan 1kotak sehari bersamaan RM150 purata sebulan .. ini
bermakna kalo setahun jadi RM1800. Itu dah boleh buat melancong tu ke
memana-mana pulau percutian di Malaysia. So fikirlah yang mana paling terbaik
untuk diri anda. Jika nak berhenti boleh dapatkan ebook free How To Stop
Smoking di RahsiaEbiz.Com
Posted by Unknown in Artikel, Home