Iklan Jana wang Di Rumah
PETALING JAYA: Menjelang perhimpunan Bersih 4.0 di ibu
negara pada hujung minggu ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri, Datuk Ahmad Maslan mempersoalkan motif penganjurannya yang dianggap
'kotor'.
Menerusi beberapa soalan yang dilontarkannya kepada
penganjur dan peserta Bersih 4.0, Ahmad mengandaikan modus operandi yang
digunakan dalam perhimpunan tersebut seolah-olah mahu menggulingkan kerajaan.
"Mengapa anda tidak memilih untuk terus sahaja
berkumpul dalam stadium untuk Bersih 4.0? Adakah kerana jika diadakan di dalam
stadium, maka nanti tiada aksi kawalan polis dan tindakan pencegahan yang boleh
menjadi viral dan disensasikan oleh rakan-rakan media anda untuk di sebar ke
seluruh dunia?
"Atau anda memang menggunakan SOP (prosedur operasi
standard) asing ingin menjatuhkan kerajaan secara tidak sah melalui demonstrasi
jalanan?
"Hairan...mengapa anda menamakan diri sebagai Bersih?
Walhal ianya dipenuhi dengan kaedah yang kotor. Sekali lagi kami ingin
bertanya, jika Bersih itu bersih mengapa anda tidak mengikut peraturan negara
ini?" katanya di sini.
Beliau berkata demikian menerusi posting terbaharu di blog
www.ahmadmaslan.my pada Rabu.
Mengulas lanjut Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno
mengingatkan penganjur bahawa demonstrasi jalanan adalah bertentangan dengan
Akta Perhimpunan Aman 2011.
"Mengapa anda ingin mengganggu peniaga kecil, sederhana
dan besar yang ingin mencari rezeki? Mengapa anda ingin merosakkan kegembiraan
rakyat Malaysia dalam bulan kemerdekaan?
"Mengapa anda ingin membimbangkan pelancong yang
sekarang sudah datang dan yang ingin melihat keindahan Malaysia dan kota raya?
Mengapa anda ingin mengkhuatirkan dan menimbulkan persepsi negatif kepada iklim
pelaburan negara?" katanya.
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media, Unique