Iklan Jana wang Di Rumah
MEJ dikeluarkan oleh Pengawal Pantai Itali pada 23 Ogos 2015, bot yang
sarat dengan pelarian di luar pantai Itali di Laut Mediterranean. - Foto EPA
TRIPOLI: Sebuah bot sarat dengan pelarian, karam di pesisir bandar Zuwara
di Libya, semalam dan dipercayai menyebabkan ratusan orang terkorban. Seorang
pegawai keselamatan di Zuwara berkata, beratus-ratus orang berada atas bot dan
ada yang terperangkap ketika ia karam. "Kira-kira 100 pendatang haram
mungkin terselamat," katanya sambil menambah operasi menyelamat sedang dijalankan.
Seorang pegawai lain dan seorang wartawan dari Zuwara mengesahkan berita itu
tetapi tidak mempunyai maklumat jumlah korban. Pegawai keselamatan itu berkata,
semua pendatang dalam bot itu adalah dari negara Sahara Afrika, Pakistan,
Syria, Magribi dan Bangladesh. Penjaga pantai Itali yang menguruskan operasi
menyelamat Kesatuan Eropah (EU) di luar pesisir Libya gagal dihubungi untuk
mengesahkan insiden bot karam itu. Zuwara berada dekat sempadan Tunisia. Ia
adalah lokasi pelancaran penyeludup bot haram ke Itali. Laporan Pertubuhan
Antarabangsa untuk Migrasi menyebut lebih 2,300 orang maut sehingga tahun ini
dalam percubaan untuk pergi ke Eropah menerusi bot, berbanding 3,279 sepanjang
tahun lalu. - REUTERS
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media