Iklan Jana wang Di Rumah
Presiden Palestin, Mahmud Abbas
NEW YORK: Palestin, malam tadi meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) mengibarkan bendera mereka di badan dunia itu sebelum pertemuan
ketua-ketua negara dunia berlangsung pada bulan depan. Tindakan itu dibuat Palestin
dalam usaha mengukuhkan percubaan mereka untuk diiktiraf sebagai negara
walaupun dihalang Israel. Deraf resolusi diserahkan pada Perhimpunan Agung
meminta supaya bendera negara Palestin dan bendera Vatican dikibarkan bersama
193 bendera negara ahli lain. Vatican dan Palestin mempunyai status bukan ahli
dengan status pemerhati dalam PBB. Perhimpunan Agung menaikkan status Palestin
negara pemerhati bukan ahli pada 2012. Resolusi itu disokong 21 negara,
termasuk Algeria, Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Ia mungkin akan diundi sebelum
15 September ini. Presiden Palestin, Mahmud Abbas dan Perdana Menteri Israel,
Benjamin Netanyahu adalah antara pemimpin dunia yang akan menghadiri
persidangan antikemiskinan dan debat tahunan Perhimpunan Agung pada 25 September
ini. Pope Francis dijangka menyampaikan ucapan pada hari berkenaan. Vatican
secara rasmi mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara. - AFP
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media