Iklan Jana wang Di Rumah
KUALA LUMPUR: Seiring dengan pertambahan penduduk di ibu
kota, jumlah peluang pekerjaan di Kuala Lumpur dijangka meningkat kepada 1.4
juta menjelang 2020 berbanding 1.3 tahun ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur
Datuk Mhd Amin Nordin.
"Sebagai sebuah bandar raya yang menjadi lokasi utama
perniagaan dan perdagangan negara yang menempatkan ibu pejabat serantau bagi
syarikat tempatan dan antarabangsa, tentunya faktor ini membuatkan peluang
pekerjaan dalam bandar terus meningkat," katanya.
Menurut Mhd Amin, mengikut bidang, lebih satu per tiga
daripada peluang pekerjaan baharu adalah di sektor kewangan, pengangkutan,
penyimpanan dan komunikasi serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Katanya, Kuala Lumpur sudah mempunyai bekalan ruangan
pejabat dan tempat bekerja dan kemudahan pusat mesyuarat, insentif, konvensyen
dan pameran (MICE) berkualiti tinggi
yang mencukupi untuk menampung perubahan ini.
Beliau berkata, kos sewaan ruangan bekerja dan pejabat yang
rendah berbanding negara lain juga akan lebih menarik para pelabur untuk
memilih ibu kota ini sebagai hab perniagaan mereka sekali gus mewujudkan
peluang pekerjaan.
Selain itu, Mhd Amin berkata dari segi sumber tenaga manusia
pula, bekalan tenaga muda berpendidikan dan berkemahiran tinggi yang berterusan
juga dilihat sebagai faktor daya tarikan untuk perkembangan tersebut.
Melalui tinjauan Bernama, rata-rata kekosongan jawatan yang
diiklankan di portal pengambilan pekerja juga menunjukkan syarikat beralamat
ibu kota menunjukkan jumlah tertinggi berbanding bandar utama lain dalam
negara.
Populasi jumlah penduduk di ibu kota terkini mencatat angka
1.78 juta dan jumlah tersebut dijangka meningkat kepada 2.2 juta menjelang
2020, kata Mhd Amin
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media