Iklan Jana wang Di Rumah
Serangan di Kuil Erawan, tengah Bangkok pada Isnin lepas
mengorbankan 20 nyawa termasuk 5 warga Malaysia selain mencederakan puluhan
yang lain. - Gambar Fail
Dua lelaki yang dikenal pasti sebagai suspek insiden
pengeboman di Bangkok Isnin lalu menyerah diri kepada pihak polis.
Pihak berkuasa memaklumkan kedua-duanya mempertahankan
mereka bukan suspek serangan bom sebaliknya adalah pemandu pelancong.
"Kelibat mereka dikesan dalam rakaman kamera litar
tertutup CCTV, sejurus sebelum letupan berlaku di Kuil Erawan, di persimpangan
Ratchaprasong, '' kata jurucakap Ketua Polis Thailand, Kolonel Wintai Suvaree
kepada Associated Press (AP).
Menurutnya, antara lain dalam rakaman itu, kedua-dua suspek,
masing-masing memakai kemeja-T merah dan putih kelihatan bangun meninggalkan kerusi
sebelum keluar dari kuil.
Suspek utama yang memakai kemeja-T kuning kemudian duduk di
kerusi yang sama sebelum meninggalkan beg sandang yang dibawanya.
Kedua-dua mereka kini disoal siasat polis.
Serangan di Kuil Erawan, tengah Bangkok pada Isnin lepas
mengorbankan 20 nyawa termasuk 5 warga Malaysia selain mencederakan puluhan
yang lain.
Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-ocha
menyifatkan serangan bom itu adalah paling buruk pernah berlaku dalam sejarah
negara itu.
Sebelum ini Suvaree memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 10
suspek dipercayai terlibat dalam serangan bom tersebut dan mereka pasti ia
didalangi warga asing.
"Kita boleh sahkan bahawa serangan tiada kaitan dengan
pertubuhan pengganas antarabangsa, tetapi pelakunya adalah warga asing. Sebelum
ini, kenyataan kemungkinan ada kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa
adalah berdasarkan analisis awal oleh pasukan penyiasat. Bagaimanapun, kita
akan teruskan siasatan mengenai perkara ini."
Dalam pada itu, Ketua
Polis Thailand, Somyot Pumpanmuang berkata, pihaknya percaya, perancangan
serangan itu dibuat sekurang-kurangnya sebulan.
"Dengan kemusnahan yang begitu teruk dan angka korban
begitu banyak, mustahil rancangan mengenainya dilakukan hanya oleh seorang individu
atau tempoh yang singkat,'' kata beliau ketika satu sidang media di Bangkok
bagi memaklumkan perkembangan terkini berhubung serangan berkenaan
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media