Iklan Jana wang Di Rumah
Hidup ini adakalanya memang menyesakkan.
Bagi sesetangah orang, banyak masa dalam kehidupan ini
mereka terpaksa berhadapan dengan tekanan. Tekanan pula boleh datang dari
banyak sebab seperti masalah kewangan, beban ditempat kerja, masalah kesihatan
dan sebagainya.
Sepertinya, tiada apa yang boleh kita lakukan.
Bil yang perlu dibayar tidak akan berhenti datang setiap
bulan. Akan sentiasa ada kepeluan yang mendesak dari keluarga dan kerjaya kita.
Kebanyakkan kita semua berhutang sejak dari mula bekerja lagi.
Hutang belajar PTPTN perlu dilangsaikan setiap bulan, walhal gaji permulaan
yang bekerja adalah masih kecil. Belum ditambah lagi dengan kos sara hidup yang
kian meningkat.
Bukankah ini memeningkan dan menimbulkan stress?
Kita semua mempunyai cara tersendiri yang kita gemar lakukan
untuk mengurangkan stress.
Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan
seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan
memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.
InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara
terbaik untuk menghilangkan stress:
1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.
Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti
kegemaran bagi saya.
Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya
dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan
peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang
serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya
sebelum itu.
Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam
seminggu.
2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.
Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan
peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.
Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita
sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang
optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika
diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur
Qailullah.
Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja.
Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu
tidur kita di waktu malam.
Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu
mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada
stress, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan
tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.
Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan
produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University
mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para
pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan
kerja)
3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan
‘mencairkan’ masalah.
Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu
tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan
bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada
ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.
Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan
membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka.
Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang
lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara
mereka yang tercinta.
4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran
Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai
budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu
tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.
Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini
bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.
Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun
dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada
hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.
Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri
sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini.
Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.
Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal
Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting,
jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa
30 minit untuk membaca.
Mengurangkan Stress dengan Membaca Al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya
selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan
membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa
yang membacanya.
Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat
kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat
dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat
balasan.
Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang
membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang
mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud
: Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah
dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.
(Surah al-A’raaf, ayat 204)
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur
perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras
serta mendatangkan petunjuk.
Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan
kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni
Saya sangat sukakan fotografi. Malah saya membuat servis
ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih
kepada untuk release stress.
Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi
kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan
minda kita rileks.
Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri
masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni
yang lain.
Jadi apa minat anda?
6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti
bersyukur
Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan
lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Pasti Anda
terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita
mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur
terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat
Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari
kepala kita.
Posted by Unknown in Artikel, Home