Iklan Jana wang Di Rumah
Renungan Rohani Antara Peranan Jahat Syaitan
Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat
perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia.
Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan
menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh
hidup dalam badan orang yang disukainya.
Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin
juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.
Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin
dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan
kebaikan atau sebaliknya.
Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan
itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan
jahat dan mendustakan Allah…”
Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang
disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa
lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor
penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin
atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu
syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.
Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25
menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan
menghayalkan.
Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas
fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri
mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah
dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi
mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang
yang dibencinya.
Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa
syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan
kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak
iman, anggota dan mentalnya.
JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa
Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang
bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.
Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan
tentang Jin. Antaranya :-
Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan
sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang
yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin
sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.
Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah )
menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )
Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau
ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari
tanah.
Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim
r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari
lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada
kamu ( tanah).
ASAL KEJADIAN JIN
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat
panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah
bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah
ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang
yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam,
kuning dan biru.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api
yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu
api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang
telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.
Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula
menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian
daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.
Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin,
iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah
masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki
oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk
dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut
tahap dan kemampuan masing-masing.
Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam
sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang
asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja
yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai
Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.
Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif
iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani,
iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah "
sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan
sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah
campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal,
nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada
salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran
Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan
daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada
Nurani semata-mata.
CARA PEMBIAKAN JIN
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan
untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk
matang dan menjadi baligh.
Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin
lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung
dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah
keadaanya sehingga ke hari kiamat.
Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri
akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang
benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha
kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan
Iblis sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu
dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan
Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil
daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku
serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia
dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.
Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul
datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada
Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari
keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu
Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur
dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.
AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang
jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada
yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada
yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.
Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir.
Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan
sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga
golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah
sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan
dengan keseluruhan bilangan Jin.
Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam
tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan
dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam
sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada
ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling
soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada
diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya,
tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa "
sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang
berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang
baik.
Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk
manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka
manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah
rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di
rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.
RUPA BENTUK JIN
Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza
daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung
mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh
manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.
Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan
halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang
terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan
sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu
mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula
mempunyai rupa paras yang elok.
Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya
adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya
tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak
adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri
daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak
sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki
oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan
manusia.
Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah
pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke
hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab
dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh
daripada jumlah keseluruhan Jin.
Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh
daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah
dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.
Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di
Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di
berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat
jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh
di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.
Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya
anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu
serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan
Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam
Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada
di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan
berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah
mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan
lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah
nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika
menutupnya ) "
Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di
waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada
waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun
perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.
MELIHAT JIN
Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di
dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan,
kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk
yang diingininya.
Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir
atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk
memperlihatkan dirinya kepada manusia.
Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia
yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada
para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli
syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja
yang boleh melihat manusia.
Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah
kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya
dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang
lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang
datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan
adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).
Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin
yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda
yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan
dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing
dan sebagainya.
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup
berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam
berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada
beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu
gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba,
kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air,
kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.
JENIS-JENIS JIN
Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai
jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-
1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan
Syaitan..
2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan
3. Al-Maraddah
Peragu-peragu ( pewas-was )
4. Al-Afrit
Penipu-penipu
5. Al-A’waan Pelayan-pelayan
6. Al-Tayyaaruun
Penerbang-penerbang
7. Al-Ghawwaasuun
Penyelam-penyelam
8. At-Tawaabi
Pengikut-pengikut ( pengekor )
9. Al-Qurana
Pengawan-pengawan
10. Al-Ummaar
Pemakmur.
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan
gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama
Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri
daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu
adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.
ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU
IALAH:
Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol,
Hantu Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu
Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah
Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong,
Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ),
Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.
KERAJAAN-KERAJAAN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri.
Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar,
Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang
paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada
Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail,
Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja
Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala
Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang
bergelar QUTBUL JALALAH.
ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA
:
1. Thubar Merasuk
manusia yang di timpa musibah dan bala.
2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan
silatulrahim, rumah tangga, keluarga,
sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar Merasuk
manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan
sebagainya
4. Zalanbuur
Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.
ANTARA JIN, IFRIT,
SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian
daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin
sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang
tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan
sangat panjang usianya.
Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat
kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini
tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.
Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan
mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan
menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.
Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya
dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus.
Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka,
dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka
bersyukur ( taat )."
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah
moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di
kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan
Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak
beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka
dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir
dengan nama Iblis.
Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan
permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.
Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis
permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-
Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar
kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.
Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk
dan jahat lagi. Kekejian ini adalah
sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada
Allah.
Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan,
perkataan dan nawaitu.
Posted by Unknown in Akhir, Artikel, Home