Iklan Jana wang Di Rumah
Siapakah mereka? Darimana mereka datang? Adakah mereka akan
bangkit dari Tanah Malayu? Atau mana-mana kawasan lain di Nusantara? Apa yang
pasti Panji Hitam akan keluar dati arah TIMUR sebagaimana sabda Rasulullah saw.
Adakah perkara ini satu berita gembira atau berita yang menakutkan?
Ingat, "hiddenhand" tak pernah leka walau sesaat
pun untuk menghapuskan Islam. Perhatikan apa yang berlaku sejak kebelakangan
ini, terjahan demi terjahan dilakukan melalui pelbagai pihak yang telah mereka
dikuasai. NGO tumbuh bagai cendawan membawa pelbagai isu untuk mengucar
kacirkan masyarakat. Dari mana NGO ini dapat dana, siapa yang menaja mereka?
Harus juga diambil perhatian, sebelum Pemuda Bani Tamim yang
mengetuai Pejuang dari 'timur' ini muncul, seluruh Nusantara akan bergelumang
dengan huruhara buatan (seperti negara2 Arab). Akan berlaku huruhara besar yang
tidak dapat dielakkan. Bermula dengan UMNO dan PAS saling bermusuhan yang
terhasil dari hasutan PKR, permusuhan semakin melebar menjadi malapetaka.
Huruhara ini bakal menghancurkan segala-galanya dimana PAS, PKR dan UMNO
kemungkinan besar ikut musnah. Yang ada hanyalah kekacauan dahsyat. Kita tak
mahu menyentuh parti ultra kiasu kerana mereka inilah yang akan mengambil
kesempatan memusnahkan kerajaan Melayu. Tentulah ia sesuatu berita yang amat menakutkan
kita semua, bukan? (Diharap telahan ini salah dan Islam segera dapat kembali
bersatu hingga akhir masa).
Andaikata berlaku persengketaan sebagaimana yang berlaku di
negara Arab, maka Melayu akan di adu domba supaya berbunuhan sesama sendiri.
Itulah saat dimana semua orang kesal dengan kebodohan masing-masing membawa
agenda Yahudi Nasrani. Sayangnya ia sudah terlambat.
Apa yang telah berlaku pada Afghanistan, Libya, Iraq dan
Syria bakal berlaku di sini. Mereka kini semakin hampir menghancurkan Syria,
lepas ini apa pula tumpuan mereka? Mereka telah memberi 'hint' melalui tragedi
nahas 2 pesawat MAS. Kenapa MAS, kenapa Malaysia? Cuba fikirkan jawapannya. Ia
sebenarnya satu ugutan secara tersembunyi, Malaysia wajib mengikut segala
kemahuan mereka.
Bersedialah mengharungi fasa huruhara yang dahsyat,
kekacauan yang tak pernah kita fikirkan.
Tentera Raja Akhir Zaman
Untuk memperbetulkan keadaan, pasukan Panji Hitam Dari timur
ini amatlah dinantikan. Seolah menantikan Sang Penyelamat atau Tentera Raja
Akhir Zaman. Mereka kini semakin hari semakin popular. Bukan sahaja di sini
(Tanah Melayu) tetapi juga di seluruh Nusantara. Di sana sini orang bercakap
dan bercerita mengenainya. Seolah-olah tiada jalan lain lagi untuk Umat Islam
bergantung harap. kelihatan sudah hampir berputus asa.
Keadaan sekeliling kelihatan berkecamuk. Salah menyalahkan
berlaku di mana-mana, parti parti politik paling riuh bertelagah, saling caci
mencaci dan mengaku merekalah yang 'benar' dan menyalahkan musuh mereka dakam
segala hal.
Bukankah mereka (PAS, UMNO dan PKR) semua mengaku Islam?
Kenapa boleh terjadi persengketaan? Inilah yang akan terjadi dan berterusan
sehinggalah satu masa. Ia diikuti huruhara besar. Goyim diaturkan untuk
bergaduhan dan berbunuhan sesama sendiri, kata Yahudi dalam kitab mereka
Protocol elder of Zion (lihat sahaja apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq,
Libya dan kini Syria). Tentu sahaja ada dalang di sebalik semua ini. Kalau anda
bijak, cuba siasat apa itu FFF dan kaitannya dengan gerakan Islam Liberal (cara
mudah, tanyalah pakcik google). Ia sememangnya ada kaitan dengan hiddenhand.
Ada kaitan dengan kumpulan elit Yahudi. Takkan masih belum faham.
Bagi mereka yang sedar dan faham, mereka dikira bernasib
baik. Setidak-tidaknya tahu apa yang berlaku. Namun bilangan mereka yang faham
amatlah sedikit. Dalam pada itu, amat sedikit pula yang tahu tentang taktik
Yahudi (mereka ini dipanggil 'penggemar siri konspirasi Yahudi') dan mereka ini
tahu mengenai konspirasi elit Yahudi untuk menguasai dunia. Kumpulan 'anti
hiddengand' ini bukan sahaja wujud di kalangan orang Islam, ia juga wujud
dikalangan masyarakat beragama selain Islam. Kumpulan ini sentiasa sahaja
menghidu setiap berita mengenai percaturan the hiddenhand.
Bagi Penganut Islam, Kumpulan Panji Hitam ini adalah pasukan
para Wali Allah. Bukan pasukan sembarangan. Penuh hikmah dan karamah. Sementara
pekerja atau talibarut Hiddenhand bersungguh-sungguh mendakyahkan bahawa
Kumpulan Panji Hitam ini adalah dari paksi syaitan. Mereka sentiasa pula berusaha
untuk burukkan khabar sebenar malah membuat hasutan bahawa Panji Hitam ini
diterajui oleh manusia Syaitan (666). Di sini kita boleh fahan bahawa mereka
ini amat tahu dan yakin kebenaran hadis Rasulullah saw mengenai peristiwa akhir
zaman, mereka cuba rosakkan kefahaman orang Islam.
Berbalik kepada kita kaum Muslimin (yang sedar kebenaran
berita ini), perlukah kita bersusah payah menghabiskan masa mencari mereka
(Pasukan Panji Hitam) selanjutnya menyertai mereka? Jika tiada ilmu, anda akan
tersesat dan dibimbangi mengangkat musuh sebagai ketua. Soalan yang sepatut
diajukan ialah layakkah kita untuk menyertai mereka? Tentu kita akan bertanya
kembali, kenapa tidak? Adalah wujud syarat-syaratnya?
Sayang sekali syarat-syaratnya bukan pasukan ini yang
tentukan tetapi Allah sendiri yang tentukan. Malah, ,,, malah Allah sendiri
yang memilih ahli-ahlinya berdasarkan keupayaan dan kekuatan yang kita ada.
Kenal Diri
Jika berhajat menyertai askar elite ini, kita harus membina
jati diri sejajar dengan keperluannya. Untuk itu, sepatutnya kita segera
melihat diri sendiri dan belajar hidup sebagaimana mereka, mencontohi sikap dan
kehidupan kumpulan Panji Hitam ini. Hidup mereka untuk Allah, dari Allah kepada
Allah. Berbuat hanya kerana Allah. Hati mereka tidak pernah bosan menyebut dan
memuji Allah. Adakah kita semua sedang mengamalkannya? Dari segi tahap, mereka
terlalu jauh ke hadapan, mereka kenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Untuk
kenal Allah, mesti kenal diri terlebih dahulu.
من عرف نفسه فقد
عرف ربه Ini merupakan syarat utama
untuk bersama mereka.
Atau seperti lazimnya kita lebih sibuk hal2 ciptaan The
Hiddenhand seperti isu Pesta Arak, Pegang Anjing, SIS, Trangender (pondan), hak
asasi manusia dan berbagai lagi termasuklah isu Penghapusan Akta Hasutan. ????
Banyak lagi akan muncul selepas ini (atur gerak kerja Yahudi Nasrani talibarut
The Hiddenhand). Andai kita tidak tegas menghalang, kita bakal diserap masuk ke
dalam pusaran gelap ciptaan Dajjal Laknatullah. Berdoalah semoga kita semua
selamat dari mainan mereka (ada yang mengatakan The Hiddenhand itu ialah Dajjal
- wallahu a'lam).
Jika anda telah mula jadi penyibuk atau dipersibukkan dengan
isu-isu gila tahap gaban ini, akan kehilangan fokus untuk mengesan siapakah
alMahdi. Bagaimana pula dengan nasib mereka yang telah berjaya dihasut dan
mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti gila seperti itu? Mampukah
nanti kita mengenali alMahdi? Silap-silap haribulan akan memusuhi baginda dan
menjadi Pencinta Dajjal Laknatullah pula. Ingatlah bahawa fitnah Dajjal
sangatlah dahsyat.
Sukar, sememangnya sukar bagi kita untuk melepskan diri dari
perengkap yang telah mereka (hiddenhand) pasang. Untuk itu, kembalilah kepada
Islam dan berusahalah menjadi "Orang Beriman". Mana tahu nasib anda
berubah dan dibukakan pintu rahsia untuk mengenal manusia terpilih ini beserta
sahabatnya. Insya Allah. Bersama baginda dan 313 jeneral terhebat menuju
Armageddon. Perang terbesar yang tercatat dalam semua kitab2 agama langit.
Berjuang kerana Allah!
Hari Kebangkitan!
Sejak berabad-abad lamanya, di dalam kitab-kitab tua,
ramalan-ramalan, mitos-mitos purba dan cerita dari mulut ke mulut, terungkap
tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi.
Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut
bangsa atau sempadan geografi seperti 'ENDGAME', 'STAR WARS', 'APOCALYPSE',
'THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya.
Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk
mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON. Di seluruh
dunia, terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab
agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam, Yahudi, Kristian)
telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti. Kebanyakan
ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani disebut ahli kitab walaupun dari segi
syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya
dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala
konflik di atas muka bumi ini.
Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan
pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang
kalah adalah di pihak yang salah dan batil. Peperangan inilah yang disebut
sebagai Armageddon. Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing
percaya kaum merekalah yang menang.
Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan
Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini. Orang
Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini. Mereka yang
menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di sebut dalam Injil untuk
mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan
manjadikan ini sebagai hujah, mereka lah (kaum Kristian) akan memenangi
peperangan Armageddon yang dasyat ini.
Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu'
(Revelation) 16:16, "Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera
dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon.
Soalnya sekarang, apakah Armageddon itu? Apa pula maksud
'roh-roh syaitan'?
Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?
Perang Armageddon ialah:
- Perang besar dan perang penghancuran
- Perang universal yang berstrategi
- Perang yang dirancang dan dinantikan
- Perang yang amat dekat kemunculannya
- Perang antarabangsa
- Perang yang amat dasyat dalam sejarah
- Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti
rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata
"perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.
(Bertepatan pula sebagaimana yang dibangkitkan oleh USA dalam perang Iraq dan
Libya juga Pelestin).
Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani
yang terdiri dari dua patah kata, iaitu:
1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit
2. 'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di
Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan
di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di
barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.
Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini. Mereka
menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan
susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka. Mereka
memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.
Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.
ISLAM
Bagaimana pula di pihak umat Islam dalam hal ini?
Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?
Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai
strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon, terdapat orang Islam
yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem
dan sensasi sahaja. Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan
sengaja diada-adakan.
Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa
mempedulikan perihal Armageddon. Yang lain terus berdansa di dalam disko dan
bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang
menciptakan mereka dari air mani yang hina.
Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita
tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan
perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang
bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan
selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah
padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari
kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah
menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh
lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah
peperangan demi peperangan. Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di
bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)
Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari
kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus -
Damsyik). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah,
yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah
berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi)
antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk
Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum
Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi
saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah
sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk
berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah
masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)
Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan
Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar
'Hadis-hadis Fitan'. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa
peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini. Terdapat banyak
peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.
Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti
kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini. Buat
permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi, pembaca bolehlah merujuk
kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara
Akhir zaman karya penulis yang sama. Kedua buku ini juga bolehlah dibaca
bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan
Imam Mahadi dan sebagainya. Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal
Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.
Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama
mereka. Mereka mengharamkan arak, babi, zina, rokok dan lain-lain di mana semua
benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia. Hatta Coca-cola sendiri
mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas!
Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut
ini?
Mengapa mereka bertindak sebaliknya?
Pelik bagi kita kenapa mereka mengingkari Islam padahal
mereka tahu apa yang Nabi Muhammad bawa itu adalah benar. Jawapannya ialah
sikap bongkak dan sombong yang terlalu hitam di hati mereka menghalang mereka
menganut Islam malah memusuhinya.
SUNNAH
Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan
mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya). Nampaknya sunnah nabi diamal
oleh Yahudi dan mereka berjaya. Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak
hadis nabi maka gagal dan kecewa.
Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal
peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula. Sesungguhnya
di dalam sunnah itu ada kejayaan. Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang
yang memakai serban dan makan di dalam dulang.
Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi
Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda. Padahal orang-orang
Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap
tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah
kemanusian itu.
Mereka tidak tahu rasional dari semua itu. Jika anda
mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan
sunnah dalam kehidupan, kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda
mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan
yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan
adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan. Tetapi di dalam kajian
sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah
selepas makan adalah amalan kurang sihat.
Petikan dari hasil kajian mereka: "Satu-satunya masalah
yang timbul dalam pemakanan buah-buahan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu
untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat
makanannya dengan amat berkesan. Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan
ketika perut sedang kosong. Kenapa? Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya
tidak dihadam di dalam perut. Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil, di
mana ia mengeluarkan gulanya. Tetapi, sekiranya terdapat kanji, kentang atau
pun daging di dalam perut, buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.
Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut
selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?
Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul. ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN
BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited
Power)
Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak
betul dipopularkan 'The Hidden Hand' ke atas orang-orang Eropah, China dan
sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada
kehidupan yang pada mereka moden, bergaya, status, 'high class' dan 'cool'.
Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang
lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa
hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir
tahap rendah Barat ini.
PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI, orang-orang Yahudi dan Nasrani
mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka
inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi. Ini adalah kelompok elit yang
meninggalkan cara hidup Barat semasa. Mereka terdiri dari golongan genius yang
suka berfikir. Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah 'expired'
kepada orang Islam antihadis yang dungu ini.
Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari
cara pemakanan dan kebersihan diri.
MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.
Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas,
gila, syaitan, gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak
mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia
Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.
Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi
bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang
kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah
kenabian dari yang sebelumnya.
Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan
sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya.
Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah
orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya
pula. Amat malang golongan ini. Sama ada mereka menjadi hamba Dajjal,
di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan
sekelumit pujian dan sanjungan. Mereka menjual agama dengan harga yang murah
berserta maruah, keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.
Di sini kita mula faham bahawa Yahudi Nasrani (gabungan
mereka jelas dalam Jesuit) sememangnya tahu dan percaya apa yang diperkatakan
Rasulullah saw, mereka mencari dan terus mencari manusia bernama alMahdi dan
Pemuda Bani Tamim ini melalui pelbagai alat canggih mereka. Untuk apa? Untuk
menafikan apa yang dijanjikan Allah. Untuk menghapuskan mereka sebelum mereka
muncul sebagai wira.
Jika hadis Baginda Rasulullah saw pun kita ambil ringan,
bagaimana kita akan dapat menyahut seruan para wali menuju perang dahsyat ini.
Harus disedari bahawa 70,000 tentera alMahdi terdiri dikalangan mereka yang
benar2 beriman. Mereka yang jauh terkehadapan dalam semua hal, bukannya seperti
kebanyakan kita yang lalai dan leka.
Pemimpin perang mereka terdiri dari Panglima Badar (313
orang) yang cukup terlatih dan penuh ilmu. Mereka ada disekeliling kita, namun
kita tidak berupaya mengesan mereka kecuali kepada yang Allah kehendaki. Jika
mereka merempuh gunung, gunung akan runtuh. Apa sahaja yang ada ditangan akan
menjadi senjata.
Memandangkan mereka ini muncul di timur dunia (seperti
pesanan Nabi), tidak mustahil mereka berada bersama2 kita semua. Di Tanah
Melayu ini atau mana2 dunia Melayu sekeliling kita. Sebahagian besar ahlinya
juga terdiri dari anak Melayu (Melayu di sini bermaksud anak Nusantara termasuk
Jawa, Mindanau, Aceh dsb) . Melayu adalah bangsa mistik yang hebat. Puak
illuminati tahu tentang ini, sebab itu mereka mencuba sedaya upaya mengkajinya
dari pelbagai kitab lama yang telah mereka rompak dan diheret ke England dan
Holland.
Kerajaan kita Malaysia masih lagi dipelihara oleh Allah.
Kenapa ya? Kerajaan itu bukan bermaksud kerajaan UMNO atau apa, kita maksudkan
kerajaan Melayu dengan sokongan raja2 Melayu. Kita akan bertahan sehingga satu
masa berlakunya huruhara besar yang membolehkan Pemuda Bani Tamim bangun
mengambil alih daulah yang terjajah, menghalau pengkhianat keluar dari bumi
bertuah ini. Dipihak manakah anda pada ketika itu?
Posted by Unknown in Artikel, Home