Iklan Jana wang Di Rumah
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan memaklumkan semua
sekolah di seluruh negara dibuka semula pada hari ini (Khamis) berikutan keadaan
jerebu yang semakin pulih.
Dalam satu kenyataan, kementerian memberitahu keputusan itu
dibuat setelah meneliti bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh negara
sehingga petang Rabu.
Jelas kenyataan itu, semua Jabatan Pendidikan Negeri,
Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah diminta terus memantau bacaan IPU serta
boleh mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu
Kebangsaan.
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak terjejas akibat jerebu,
terutama bagi yang mengalami masalah pernafasan, tidak perlu menghantar anak
mereka ke sekolah.
Bagaimanapun ibu bapa berkenaan perlu memaklumkan kepada
pihak sekolah mengenai anak mereka.
Pada Isnin, Kementerian Pendidikan mengarahkan semua sekolah
di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka ditutup
berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk dengan bacaan IPU menghampiri 200.
Sehingga 7 petang Rabu, hanya Sarawak mencatatkan bacaan IPU
melebihi 150 iaitu di Kuching serta Samarahan 161, dan Seri Aman, 150.
Berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan, pihak sekolah
perlu memberhentikan segala aktiviti luar bilik darjah apabila bacaan IPU
melebihi 150 dan menutup sekolah apabila bacaan IPU melebihi 200.
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media