Iklan Jana wang Di Rumah
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai warganegara India
ditahan pihak polis kerana menampar muka Imam Dua Masjid Negara, Mohd Zuhairee
Mohd Yatim, hari ini.
Kejadian berlaku ketika beliau sedang mengimamkan solat
Jumaat dan ia terhenti ketika rakaat pertama.
Menurut Timbalan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Yusof
Ahmad, lelaki itu dipercayai mencelah beberapa saf ketika jemaah lain sedang
bersolat dan menolak Yusof tersebut sebelum menampar Zuhairee yang sedang
memimpin solat sehingga solat terpaksa dihentikan.
"Saya sangkakan Imam tersangkut bacaannya. Secara
tiba-tiba, lelaki tersebut muncul dan terus menampar Imam," jelasnya.
Lelaki itu kemudian cuba melarikan diri keluar dari dewan
solat utama sambil melaung-laungkan perkataan dalam bahasa India, bagaimanapun
dia tersadung pada tripod kamera sebelum berjaya ditangkap oleh jemaah yang
berada di dalam masjid.
Dia seterusnya dibawa oleh beberapa orang jemaah dengan
dibantu anggota pengawal keselamatan masjid ke pondok pengawal sementara
menunggu polis tiba.
Tiada kecederaan serius terhadap Imam Zuhairee dilaporkan
dan beliau kembali untuk memulakan semula solat Jumaat yang telah tergendala.
Sejurus selesai solat, jemaah berpusu-pusu ke pondok
pengawal dan ada yang berkesempatan untuk merakam wajah lelaki terbabit yang
dikawal ketat pihak pengawal keselamatan dan ahli jawatankuasa masjid serta
anggota polis trafik.
Anggota polis tiba sekitar jam 2.10 petang dan membawa
lelaki itu ke Balai Polis Tun HS Lee di sini untuk disoal siasat.
Wartawan penyiaran Astro AWANI, Hans Yusoff dan Israr Khalid
bersama jurukamera Md Ruzi Mohamad Saman yang berada di Masjid Negara, merakam
detik-detik suspek terbabit terus dibawa masuk ke kereta polis sambil diasak
jemaah yang berang dengan kejadian itu.
Posted by Unknown in Artikel, Home, Media