DAMSYIK: Dua roket disasarkan ke Kedutaan Russia di Damsyik hari ini, ketika beratus orang awam berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap serangan udara Moscow di Syria. Menurut jurugambar AFP yang berada di lokasi kejadian, kira-kira 300 orang mula berkumpul dalam demonstrasi itu untuk
mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Russia kerana campur tangan mengenai perang di Syria, ketika roket berkenaan merempuh kedutaan di kawasan kejiranan bandar Mazraa. Kejadian itu mencetuskan suasana panik dalam kalangan penduduk tempatan, namun maklumat mengenai mangsa yang terkorban atau cedera masih belum diketahui. - AFP