Iklan Jana wang Di Rumah
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat.
Dalam islam seluas-luas pintu adalah pintu taubat. Allah S.W.T tidak akan jemu
untuk mengampunkan hambaNya selagi hambNya percaya bahawasanya Allah S.W.T
adalah satu-satunya Tuhan Yang Maha Mengampunkan hambaNya.
Dalam kalangan kita,mungkin ramai yang ingin bertaubat namun
tidak tahu ke mana arah untuk mencari panduan. Berdampinglah dengan orang-orang
soleh, jagalah solat, bacalah Al-Quran.
ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat,
sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman,
bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah;
wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah
kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa
semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Az-Zumar: 53)
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
Syarat-Syarat Taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan
dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang
dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka
syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang
berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika
berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa
cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Waktu Melaksanakan Taubat
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika
demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan
diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan
akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat
seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup
bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan
kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau
dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja
dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi
berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya
mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal
dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal
ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan
jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.
Taubat Nasuha Dan Cara Melaksanakan Solat Sunat Taubat
Cara Melaksanakan Solat Taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa,
iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci,
menghadap kiblat;
1. Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat
dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3
malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
2. Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat
dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’
tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
3. Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah)
kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
4. Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2
ayat atau surah dalam al-Quran.
5. Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi
Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari
Allah Ta’ala),
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya
Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
6. Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung.
Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi
Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
7. dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan
selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan
aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat )
kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku
lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan
aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang
dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
8. Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan
munajat masing-masing ke hadhrat Allah.
*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd
Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;
Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya
melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak
sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:
1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai
(bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.
2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.
3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan
secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).
4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam
seluruhnya.
5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di
tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari
berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.
Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab
yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah
berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf
sebanyak dua rakaat.
Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait
(muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka
hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan
dan terhalangnya cahaya matahari.
Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat
adalah makruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat
yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram
hukumnya.
p/s : jangan pernah jemu untuk memohon keampunan kerana
syaitan tidak pernah jemu untuk menarik anak Adam untuk bersamamya didalam
neraka..nauzubillah..
Posted by Unknown in Agama, Akhir, Artikel, Home, Media