Iklan Jana wang Di Rumah
KUALA LUMPUR: 'Tun Mahathir seorang yang hipokrit dan tidak
berprinsip.'
Demikian kenyataan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Datuk
Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merujuk kepada blog bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad berhubung Majlis Raja-Raja Melayu.
Mohamed Nazri berkata,Tun Mahathir ketika memimpin negara
beliau telah menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.
"Orang kata apa ... hadkan kuasa mereka (Raja-Raja) ,
beliaulah yang menyebabkan ramai Sultan murka dengannya," katanya ketika
ditanya mengenai pandangannya terhadap isu itu.
Sementara itu, Mohamed Nazri turut menyuarakan sokongan
berhubung gesaan Majlis Raja-Raja Melayu membabitkan kes 1Malaysia Development
Berhad (1MDB).
Beliau berkata demikian selepas melancarkan buku
"Lelaki Di Sebalik Pulau" di Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu
negara, hari ini.
Dr Mahathir pada Rabu menerusi catatan blognya, chedet.cc
mempertahankan gesaan Majlis Raja-Raja Melayu untuk menyiasat syarikat 1MDB
dengan segera.
Menurutnya lagi Majlis Raja-Raja Melayu hanya melaksanakan
tanggungjawab mereka demi menjaga kebajikan masyarakat.
Pada 6 Oktober lalu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk
Seri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan bagi pihak Majlis Raja-Raja
Melayu menggesa semua pihak yang bertanggungjawab untuk memberi kerjasama
secara jujur agar siasatan terhadap 1MDB dapat dilaksanakan dengan berjaya.
Kenyataan itu dikeluarkan ketika mesyuarat Pra-Majlis
Raja-Raja Melayu berlangsung di Istana Negara pada awal bulan ini.
Posted by Unknown in Artikel, Berita, Home, Media