Iklan Jana wang Di Rumah
Laporan menyatakan gempa bumi berukuran 7.5 pada skala
Richter itu melanda kawasan pedalaman di Afghanistan dan Pakistan, dengan
kebanyakan mangsa adalah warga Pakistan.
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Syed
Hasan Raza berkata jumlah mangsa yang terkorban dalam gempa bumi kuat yang
melanda sebahagian kawasan di Pakistan semalam, mencecah 265 orang.
"Kami menerima berita pagi ini 265 warga Pakistan terkorban
setakat ini," katanya kepada pemberita sempena memperingati 'Kashmir Black
Day' (Hari Hitam Kashmir) yang diadakan di Suruhanjaya Tinggi Pakistan di sini
hari ini.
Laporan menyatakan gempa bumi berukuran 7.5 pada skala
Richter itu melanda kawasan pedalaman di Afghanistan dan Pakistan, dengan
kebanyakan mangsa adalah warga Pakistan.
Pesuruhjaya Tinggi itu berkata kerajaan Pakistan
menggerakkan pelbagai pasukan ke kawasan terjejas sebaik sahaja gempa bumi
melanda dan menjelang petang pasukan penyelamat berjaya tiba di kebanyakan
kawasan bencana.
Beliau berkata helikopter terpaksa digerakkan ke kawasan
terjejas, yang tidak dapat diakses kerana cuaca sejuk telah bermula, dan
menambah mereka yang terjejas serta-merta dibekalkan makanan dan khemah untuk tempat
perlindungan.
"Kami berharap penilaian akhir yang akan dibuat dalam
tempoh dua tiga hari lagi tidak seburuk gempa bumi yang berlaku di Nepal
baru-baru ini dan seburuk gempa yang berlaku di Pakistan pada 2005 yang
mengorbankan 75,000 orang," katanya.
Gempa bumi bermagnitud 7.8 di Nepal pada April lepas
menyebabkan 8,000 orang kehilangan nyawa.
Syed Hasan juga berkata Pakistan masih belum meminta bantuan
asing "mudah-mudahan kami mampu menguruskannya kerana bilangan yang
terlibat tidak ramai dan tidak sukar bagi kami untuk mengendalikannya.
"Sudah pasti kerajaan akan menguruskannya berdasarkan
sumber yang ada," katanya dan menambah sebelum ini rakyat Pakistan juga
turut bermurah hati menyumbang membantu mereka yang terjejas dalam bencana
gempa bumi dan banjir.
Posted by Unknown in Artikel, Berita, Home, Media