Iklan Jana wang Di Rumah
Realitinya, dengan berlaku penguatkuasaan yang dilakukan kerajaan
terhadap perusahaan vape akan menyaksikan industri itu terhenti.
KUALA LUMPUR: Penguatkuasaan yang dilakukan kerajaan
terhadap perusahaan vape dikhuatiri akan menyaksikan industri itu terhenti
serta-merta berikutan kebanyakan pengusaha vape merasakan ketetapan yang
dikenakan sukar dipatuhi.
Menurut Penasihat Persatuan Pengeluar Cecair Vape Malaysia
(MEBA), Syazwan Abdul Razak, 95 peratus pengusaha mengeluarkan modal sendiri
dan membuat pinjaman bagi memulakan perniagaan.
"Industri vape di negara ini, pada hari ini kelihatan
malap kerana garis panduan yang ada ketika ini terlalu sukar dipenuhi.
"Kami terdiri daripada pengusaha kecil ataupun industri
dari rumah, belum pun sampai tahap IKS (industri kecil dan sederhana) lagi,”
ujarnya.
Jelas Syazwan, bagi memulakan perusahaan itu, modal yang
terlibat boleh mencecah sehingga RM500,000.
Tambahnya di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang sahaja
terdapat 200 ke 300 pengusaha vape
berdaftar yang menjalankan perniagaan
Beliau berkata, pihaknya serta kumpulan pengusaha vape lain
tidak pernah dipanggil bagi sesi dialog mahupun rundingan sebelum
penguatkuasaan itu dilaksanakan dan sentiasa terbuka dan bersedia untuk
berunding demi manfaat semua pihak.
Selain itu katanya beliau merayu agar kerajaan mempertimbang
untuk tidak meletakkan (cecair) vape di bawah Akta Dadah dan Kosmetik kerana
katanya langkah itu hanya akan menggalakkan pasaran gelap.
"Akta Dadah dan Kosmetik adalah untuk industri besar.
Mungkin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mempertimbangkan agar
industri ini diselia di bawah akta khas seperti Akta Kawalan Ubat-Ubatan
Tradisional,” ujarnya.
Justeru katanya kawal selia yang berkesan perlu dijalankan
semua pihak baik dari pengelur cecair vape, pekedai dan gabungan pengguna bagi
memastikan langkah kawalan lebih berkesan.
Sejak beberapa tahun lalu, industri vape mencatatkan
peningkatan dengan bilangan pengguna mencecah dua juta orang.
Posted by Unknown in Artikel, Berita, Home, Media