Iklan Jana wang Di Rumah
Selain mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif, sampah
sarap juga boleh berfungsi sebagai penjanaan ekonomi kerana ia dapat
menghasilkan tenaga elektrik selepas diproses.
KUALA LUMPUR: Terengganu bakal menghasilkan gas metana yang
dapat menjana tenaga elektrik dengan menggunakan hasil kutipan sampah sarap
menerusi projek 'Waste to Wealth' yang akan dimulakan tidak lama lagi.
Projek itu merupakan hasil kerjasama kerajaan negeri itu
dengan dua syarikat antarabangsa iaitu Syarikat Mercu Resolution Sdn Bhd dan
Renescience A/S, anak syarikat DONG Energy yang berpangkalan di Denmark.
Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman
berkata pada peringkat permulaan, kerja penyelidikan dan eksperimen akan
dilakukan terlebih dahulu dengan kerjasama kedua-dua syarikat itu.
"Sekiranya eksperimen itu berjaya, maka Terengganu
merupakan negeri pertama yang akan menjana tenaga elektriknya dengan
menggunakan sampah sarap," katanya kepada pemberita selepas menandatangani
perjanjian persefahaman (MoU) antara Syarikat Mercu Resolution Sdn Bhd dan
Renescience A/S di sini, pada Sabtu.
Ahmad Razif berkata projek itu mendapat pelaburan lebih RM1
bilion dan bakal mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan kepada anak muda negeri
itu.
Katanya selain mewujudkan suasana yang bersih dan kondusif,
sampah sarap juga boleh berfungsi sebagai penjanaan ekonomi kerana ia dapat
menghasilkan tenaga elektrik selepas diproses.
Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri
Terengganu sedang merancang untuk mewujudkan Zon Ekonomi Khas Kuala Terengganu
(SEZ) melibatkan daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan
sebahagian daerah Setiu yang meliputi kawasan seluas 729,000 hektar.
Katanya SEZ mampu mengimbangi kawasan pembangunan ekonomi
negeri Terengganu secara menyeluruh supaya kegiatan ekonominya tidak hanya
tertumpu di bahagian selatan Kuala Terengganu sahaja.
"Kami telah mengemukakan permohonan rasmi kepada
kerajaan Persekutuan berkaitan dengan cadangan tersebut dan berharap agar ia
mendapat kelulusan untuk memajukan negeri Terengganu menjelang tahun
2020," katanya.
Posted by Unknown in Artikel, Berita, Home, Kesihatan, Media