Iklan Jana wang Di Rumah
Sumber keselamatan berkata, helikopter itu mungkin terkena
tembakan sebelum terhempas di kawasan pantai. - Gambar Fail
TRIPOLI: Sebuah helikopter yang sedang membawa 23 orang
penumpang dilaporkan terhempas berhampiran barat ibu kota Tripoli pada Selasa.
Menurut sumber keselamatan, sekurang-kurangnya 14 orang
disahkan maut dalam insiden itu.
Punca sebenar nahas masih belum dikenal pasti.
Seorang pegawai keselamatan yang berpusat di Tripoli berkata, pihaknya tidak mengetahui
apakah punca dan jumlah sebenar mangsa yang terbunuh atau jika ada yang
terselamat.
Sumber keselamatan juga berkata, helikopter itu mungkin
terkena tembakan sebelum terhempas di kawasan pantai.
Semasa kejadian, helikopter itu dipercayai dalam perjalanan
keluar membawa wang tunai ke sebuah bank tempatan.
Libya, negara Afrika Utara menyaksikan keganasan yang
menjadi-jadi sejak penggulingan dan pembunuhan pemimpin Muammar Gaddafi pada
tahun 2011.
Posted by Unknown in Artikel, Berita, Home, Media