Iklan Jana wang Di Rumah
- Hapuskan semua bekas terbuang yang boleh menjadi tempat
pembiakan nyamuk aedes.
- Tukar air dan basuh dengan bersih bekas yang boleh
menakung air sekurang-kurangnya seminggu sekali.
- Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik di dalam bekas air
seperti kolah mandi, mangkuk dan tangki pam tandas serta laluan air yang
bertakung atau tersumbat setiap tiga bulan.
- Sembur racun serangga terutama pada waktu awal pagi dan
senja.
- Pasang penghalau nyamuk sama ada jenis lingkaran atau
elektrik atau tidur dalam ke lambu.
- Pakai seluar panjang dan baju berlengan panjang berwarna
cerah semasa keluar dari rumah. Elakkan pakaian berwarna gelap.
- Sapu atau sembur bahan penghalau nyamuk pada bahagian
badan yang terdedah.
- Elakkan berada di luar rumah pada waktu nyamuk aedes
paling ak tif menggigit iaitu pada awal pagi (6 hingga 8 pagi) dan senja (6
hingga 8 malam).
Apakah peranan yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak untuk
sama-sama berganding bahu mengekang penularan wabak demam denggi di negara ini?
Menurut Dr Zainal Abidin yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam, perkara
paling utama yang perlu diberi perhatian ialah menghapuskan tempat berair yang
boleh menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes.
Hapuskan lokasi pembiakan
Katanya, kitaran hidup aedes daripada telur sampailah
menjadi nyamuk dewasa berlang ung dalam masa 10 hari dan sebahagian besar
hayatnya ialah di dalam air iaitu antara lima hingga tujuh hari.
"Nyamuk aedes yang berbadan kecil berwarna hitam dan
kaki berbelang hitam putih akan bertelur di dalam air. Telur itu kemudiannya
akan menjadi jentikjentik dan kepompong.
"Kesemua proses ini berlaku di dalam air. Oleh sebab
itulah sangat penting untuk kita mengenal pasti dan menghapuskan lokasi
pembiakan ini," katanya.
Jika di luar rumah, nyamuk aedes biasanya membiak dalam
tempat yang boleh menakung air seperti tayar, tempurung kelapa, botol, gelas,
tin, tempayan, kolah mandi, alas pasu bunga, tangki air, tunggul atau lubang
pokok dan daun.
Di dalam rumah pula, lokasi pilihan nyamuk aedes ialah
tangki air, mangkuk tandas, perangkap air peti sejuk, kolah mandi, baldi,
laluan air yang bertakung atau tersumbat, akuarium, tangki pam tandas, hablur
jeli dalam pasu bunga (biasa digunakan untuk menggantikan tanah) dan dulang
bawah rak pengering pinggan.
Dr Zainal Abidin berkata, kanakkanak boleh menjadi ejen
terbaik untuk mengubah sikap masyarakat yang tidak ambil peduli dengan
peningkatan masalah demam denggi.
Kanak-kanak juga boleh mengajak ibu bapa untuk samasama
meluangkan masa selama 10 minit pada setiap hujung minggu untuk mencari dan
menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes di rumah.
Posted by Unknown in Artikel, Home, Perubatan